Unit Pengakap Remaja (PR) adalah bahagian yang kedua dalam siri latihan berpengakap, iaitu selepas Pengakap Kanak-kanak. Bahagian ini ialah bagi budak-budak yang berumur antara 16 hingga 18 tahun, yakni dari tingkatan 4 hingga tingkatan 5.
Tujuan bahagian ini ialah membolehkan Pengakap meneruskan latihan ke peringkat kedua, iaitu latihan yang bersesuaian dengan pertumbuhan jasmani, rohani, emosi dan inteleknya setelah menempuhi latihan Pengakap Muda demi untuk melahirkan kemenjadian murid ke arah insan yang mempunyai nilai-nilai yang baik, cergas dan positif dalam masyarakat.
Bagi Pengakap Muda perlu melengkapkan mengikut tahap
1. Lencana Keahlian (Ahli Baru)
2. Lencana Jayadiri (Tingkatan 4)
3. Lencana Kemahiran (Tingkatan 4)
4. Lencana Kegiatan (Tingkatan 4)
5. Lencana Ekspedisi (Tingkatan 5)
6. Lencana Perkhidmatan (Tingkatan 5)
7. Rambu Pengakap Remaja (Anugerah Ketua Pengakap Negara)
No comments:
Post a Comment